|
PENGENALAN
Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Raub (LO1472) yang beralamat di 236, Taman Bukit Koman,
27600 Raub, Pahang telah ditubuhkan pada 6 Ogos 2002 merupakan sebuah Pusat Bertauliah
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) Swasta yang menawarkan latihan kemahiran
yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Kursus Persijilan Malaysia (SKM) dalam bidang Mekanik Kenderaan Motor dan Juruteknik elektrik.
OBJEKTIF
Memberi
pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai tahap kepada pelatih mengikut kemampuan masing-masing,keperluan dan perkembangan
teknologi semasa agar suatu ketika nanti segala pengetahuan dan pengalaman itu dapat digunakan
bagi meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih sempurna dan berkemampuan membina perusahaan sendiri,di samping dapat
menyumbang kepada pembangunan negara.
MATLAMAT
Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Raub menyediakan kemudahan latihan yang lengkap, kaedah pembelajaran yang menarik, kelengkapan peralatan dan bahan latihan
serta tenaga pengajar yang bertauliah dan terlatih untuk melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memberikan perkhidmatan
yang berkualiti serta dapat memenuhi pasaran tenaga kerja yang semakin meningkat dan mencabar, di samping dapat mengelak golongan
berkenaan terlibat dalam gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, budaya lepak, kumpulan samseng dan sebagainya.
Kemahiran yang dimiliki juga akan dapat digunakan untuk mengusahakan sendiri perusahaan yang berkaitan secara kecil-kecilan
dengan kos yang efektif di samping penglibatan di sektor lain.
|